Cari Kata & Menang Hadiah Mingguan Menarik

Terma & Syarat

Penganjur:

Vinda Marketing (M) Sdn Bhd [313228-T] [“Penganjur”]. 

Peraduan: 

Cari Kata & Menang Hadiah Mingguan Menarik

Tempoh Peraduan: 

Peraduan ini sah dari 1hb Februari 2025 12:00am sehingga 28hb Februari 2025 11:59pm ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan dan/atau menukar, meminda, memadam dan/atau menambah Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Kelayakan:

Cari Kata & Menang Hadiah Mingguan Menarik terbuka kepada semua ahli Drypers Baby Club yang merupakan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, agensi pengiklanan / PR dan pembekal.

 

Cara Penyertaan:

Jika belum mendaftar sebagai ahli, sila daftar SEKARANG di https://bit.ly/4gpkRH8 . Peraduan ini hanya untuk ahli Drypers Baby Club.

Peserta dikehendaki mengikuti langkah berikut untuk menyertai peraduan ini:

Langkah 1:  Daftar 2 kod unik

Langkah 2:  Selesaikan Cari Kata

Langkah 3: Hantarkan jawapan anda melalui borang google https://bit.ly/4aBRxMt 

 

Hadiah dan Pemilihan Pemenang:

 

1.       Peserta dengan 2 kod unik layak menyertai peraduan ini.

2.       Pemenang akan dipilih melalui sistem pemilihan automatik secara rawak.

3.       Hadiah:

-          Minggu Pertama: Touch & Go E-wallet RM 50 x 5

-          Minggu Kedua: Kad Hadiah Toys”R”Us RM 50 x 5

-          Minggu Ketiga: E-Baucar Vindamall RM 50 x 5

-          Minggu Keempat: Baucar Lotus RM 50 x 5

4.       Peserta boleh menghantar beberapa penyertaan ke peraduan walau bagaimanapun setiap peserta hanya boleh memenangi SATU (1) hadiah semasa “Tempoh Peraduan”.

5.       Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 2 minggu melalui emel / SMS selepas tempoh kempen berakhir.

6.       Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik / pampasan dalam mana-mana bentuk. 

7.       Semua penyertaan mesti dibuat dalam tempoh masa 1hb Februari 2025 12:00am sehingga 28hb Februari 2025 11:59pm. Sebarang transaksi yang tidak termasuk dalam masa ini terbatal serta-merta.

8.       Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan peraduan, keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad, terakhir dan tidak dapat dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan. 

9.       Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur. 

10.    Pihak penganjur berhak mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. 

11.    Hadiah yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan 

12.    Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur. 

13.    Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk meminda, membatal atau mengubahsuai syarat-syarat dan peraturan peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut. 

14.    Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini dan / atau memberi data peribadi anda kepada Penganjur, anda bersetuju, dan memahami Dasar Privasi yang terbabit kepada Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Dasar Privasi tersebut. 

15.    Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline Pengguna 1-800-88-9988 atau email ke campaigns@vinda.com