Dasar Privasi

Dasar Privasi

Dasar Privasi ini menerangkan pengumpulan, penggunaan, dan pemprosesan data peribadi anda dengan VINDA MARKETING (M) SDN. BHD. (199401027546/313228-T) dan ahli gabungan dan anak syarikatnya (secara individu dan kolektif disebut sebagai “Vinda”, “Kami”, atau “kita”) sehubungan dengan transaksi komersial yang berkaitan dengan produk, perkhidmatan dan/atau perniagaan Vinda di www.drypers.com.my (“Tujuan”)

Harap maklum bahawa setiap data peribadi yang disediakan melalui www.drypers.com.my (“Laman web”) akan diproses menurut Terma dan Syarat Laman Web ini termasuk Dasar Privasi ini.

Dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda setuju akan pengumpulan, penggunaan, pemprosesan data peribadi anda oleh Vinda menurut Dasar Privasi di sini.

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi bermaksud maklumat yang diberikan oleh anda di mana ia dapat mengecam anda, secara langsung atau tidak langsung, dan merangkumi tetapi tidak terhad kepada: butiran peribadi seperti nama, tarikh lahir, nombor Kad Pengenalan/MyKad dan sebarang nombor pengenalan pengguna yang unik, maklumat hubungan seperti nombor telefon anda, alamat penghantaran dan pengebilan, dan alamat e-mel, maklumat lokasi seperti alamat penghantaran anda, dan lokasi log masuk (alamat IP) dan Kuki internet dan masa akses.

Kami juga boleh mengumpulkan data peribadi sensitif yang relevan dengan perniagaan, produk atau perkhidmatan Vinda. Data peribadi sensitif merujuk kepada kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama, atau kepercayaan lain yang serupa, pelaksanaan kesalahan atau data peribadi lain sebagaimana yang ditentukan oleh Kementerian yang berkenaan. Kami akan mendapatkan persetujuan anda sekiranya kami perlu mengumpulkan data tersebut.

Kami boleh mengumpul dan menerima data peribadi anda dalam situasi-situasi termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:
(i) Apabila anda mendaftarkan akaun dengan Vinda di Laman Web ini (“Akaun”);
(ii) Apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau melaporkan masalah;
(iii) Apabila anda mendaftar untuk sebarang borang soal selidik, tinjau selidik, peraduan, kempen, aplikasi dalam talian dan borang permintaan;
(iv) Apabila anda berinteraksi dengan Vinda di luar talian atau melalui pihak ketiga, termasuk mengambil bahagian dalam sebarang acara atau aktiviti pemasaran.

Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda mungkin diwajibkan untuk tujuan menyediakan produk atau perkhidmatan kami. Pengumpulan juga mungkin diwajibkan untuk tujuan mematuhi undang-undang dan peraturan tempatan. Kami akan memaklumkan kepada anda sama ada data peribadi yang diminta adalah wajib atau sukarela. Sekiranya anda tidak memberikan kami data peribadi yang diperlukan dan relevan untuk memenuhi keperluan anda, hal ini mungkin menyebabkan kami tidak dapat memenuhi permintaan atau kehendak anda.

Penggunaan Data Peribadi

Vinda menggunakan data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada berikut:

  • Vinda menggunakan data peribadi yang dikumpulkan untuk tujuan yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada berikut:

  • Untuk melengkapkan dan/atau memproseskan transaksi perniagaan dan/atau komersial;

  • Untuk mengemas kini rekod-rekod perniagaan;

  • Untuk memproses atau membantu anda dalam sebarang pertanyaan atau aduan;

  • Untuk meberikan anda maklumat mengenai produk dan perkhidmatan Vinda dan kemas kini terkini mengenai promosi terbaru Vinda, tawaran istimewa dan/atau pelancaran pemasaran produk Vinda;

  • Untuk memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan yang disediakan;

  • Untuk melakukan tinjauan pasaran, penyelidikan atau analisis statistik;

  • Apa-apa tujuan lain yang berkaitan secara langsung dengan tujuan di atas;

  • Mematuhi segala kewajiban di bawah undang-undang.

(selepas ini secara kolektif disebut sebagai Tujuan)

Penzahiran Data Peribadi

Data peribadi yang dikumpulkan berkaitan dengan Tujuan ini mungkin dan/atau telah dizahirkan kepada tetapi tidak terhad pihak ketiga berikut yang dinyatakan di sini. Kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya kami menzahirkan atau telah menzahirkan data peribadi kepada pihak ketiga selain daripada yang dinyatakan di sini.

  • Mana-mana syarikat Vinda yang berkaitan termasuk mana-mana syarikat induk dan anak syarikat Vinda bersama dengan syarikat yang dimiliki atau dikendali secara lazim (secara kolektif “Syarikat Berkaitan”);

  • Kepada rakan niaga Vinda;

  • Pengedar, sub-kontraktor dan pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Vinda atau Syarikat Berkaitan untuk menjalankan aktiviti dan aktiviti perniagaan yang berkaitan secara langusng dengan perniagaan Vinda;

  • Pihak berkuasa tempatan dan kerajaan yang relevan, badan pengawal selia atau kepada pihak lain di mana Vinda atau Syarikat Berkaitan dikehendaki oleh undang-undang atau perintah mahkamah untuk melakukannya.

Pemindahan Data Peribadi ke luar Malaysia

Oleh sebab pelayan-pelayan dan sistem penyimpanan Vinda boleh terletak di luar Malaysia, data peribadi anda boleh dan/atau telah dipindahkan ke, disimpan, digunakan dan diproses dalam bidang kuasa di luar Malaysia. Selanjutnya, data peribadi anda boleh dan/atau telah dikongsi dengan Syarikat Berkaitan yang sebahagiannya berada di luar Malaysia untuk Tujuan ini.

Hak Akses kepada Data Peribadi Anda

Anda boleh mengakses, menyemak dan membetulkan data peribadi anda dengan melog masuk ke akaun anda di [untuk dimasukkan nama dan URL laman web] dan kemas kini maklumat dalam tetapan akaun anda sendiri tanpa pembayaran yuran.

Tertakluk kepada pengecualian di bawah undang-undang yang terpakai dan menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda juga boleh pada bila-bila masa selepas ini meminta akses atau pembetulan data peribadi anda, atau mendapatkan maklumat lebih lanjut daripada Vinda dengan mengemukakan permintaan bertulis bersama dengan bayaran yang ditetapkan sebanyak RM2.00 untuk permintaan akses tanpa salinan data peribadi dan RM10.00 untuk akses dengan salinan; RM5.00 untuk akses ke data peribadi sensitif anda (jika ada) tanpa salinan data peribadi sensitif dan RM30.00 untuk akses dengan salinan data peribadi sensitif anda (jika ada), ditujukan kepada Vinda di alamat berikut:

VINDA Marketing (M) Sdn Bhd (313288-T
Drypers Baby Club
2A, Jalan Pelabur 23/1, Section 23
40300 Shah Alam, Selangor

Emel: my.drypersbabyclub@vinda.com

Tel: 1-800-88-9988

Sila sertakan nama, alamat, nombor Kad Pengenalan/MyKad, dan/atau alamat e-mel ketika anda menghubungi Vinda. Anda bertanggungjawab untuk mengemas kini Vinda akan sebarang perubahan pada data peribadi anda.

Selanjutnya, jika ada ingin menarik balik persetujuan anda, menyekat atau membatasi aspek atau cara pemprosesan data peribadi anda, sila kemukakan permintaan bertulis kepada Vinda ke rujukan yang disediakan di atas untuk pertimbangan Vinda. Vinda mempunyai budi bicara untuk tidak membenarkan penarikan, sekatan atau pembatasan pemprosesan di mana untuk melakukannya akan menggangu pelaksanaan salah satu Tujuan yang dinyatakan.