CAHAYA MATAHARI & KULIT BAYI

Bayi dan sinaran matahari bukanlah kombinasi yang padan!

Bayi yang berusia kurang daripada enam bulan tidak boleh didedahkan kepada matahari. Dan, jangan gunakan losen penghalang sinaran matahari sehinggalah bayi berusia sekurang-kurangnya setahun. Bayi patut ditempatkan di kawasan yang redup dan terlindung daripada sinaran matahari.

Bayi dan sinaran matahari bukanlah kombinasi yang padan
Bayi mengalami kesukaran untuk mengawal suhu badan mereka, jadi anda perlulah berhati-hati dengan haba.
Sebagai contoh, jangan tinggalkan bayi anda tidur di dalam kereta tolak mereka yang terbiar di bawah sinaran matahari. Sinaran matahari boleh menyebabkan kulit terbakar (sunburn) yang dapat membawa kepada kerosakan serius pada sistem kulit bayi anda.
Jangan dedahkan bayi anda di bawah sinaran matahari secara langsung
Sediakanlah payung atau sebarang alat bagi melindungi bayi anda. Langkah yang paling baik adalah mengelak daripada pergi ke tempat-tempat yang panas, dan berhati-hatilah dengan sinaran matahari secara tidak langsung yang dipancarkan oleh air dan pasir - bahkan oleh payung yang berwarna putih.
Berhati-hati dengan losen penghalang sinaran matahari
Memandangkan bayi anda belum cukup matang, anda tidak sepatutnya menggunakan losen penghalang sinaran matahari sehingga bayi anda berusia sekurang-kurangnya setahun. Sebagai langkah alternatif, lindungilah kulit bayi anda dengan kain kapas yang elok, dan tempatkan mereka di kawasan yang redup.

Sekiranya anda berasa kurang pasti dengan losen penghalang sinaran matahari, pakaian, ataupun aktiviti luar, rujuklah jururawat terlatih anda.