Peraduan Daftar 3 Kod Unik & Menang Hadiah Menarik

Terma & Syarat

Penganjur:

Vinda Marketing (M) Sdn Bhd [313228-T] [“Penganjur”]. 

Peraduan: 

Daftar 3 Kod Unik & Menang Hadiah Menarik 

Tempoh Peraduan: 

Peraduan ini sah dari 21hb Nov 12:00am sehingga 31hb Dec 2024 11:59pm ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan dan/atau menukar, meminda, memadam dan/atau menambah Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

 

Kelayakan:

Peraduan Daftar 3 Kod Unik & Menang Hadiah Menarik terbuka kepada semua ahli Drypers Baby Club yang merupakan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, agensi pengiklanan / PR dan pembekal.

 

Cara Penyertaan: 

Jika belum mendaftar sebagai ahli, sila daftar SEKARANG di https://bit.ly/44JhNkh 

Peserta dikehendaki mendaftar 3 kod Unik daripada Pek Edisi Terhad Pinkfong Drypers DryPantz, ATAU pek Drypers Wee Wee Dry yang BAHARU & DIPERBAHARUI untuk melayakkan penyertaan dalam peraduan ini.

Hadiah dan Pemilihan Pemenang

Hadiah

1.       Hadiah Utama: 1 x Rantai Emas bersama Loket Emas Pinkfong

2.       Hadiah Saguhati: 10 x Beg Troli Pinkfong

 

Mata Ganjaran Suprise

1.       Mata ganjaran EKSTRA dari nilai 200 hingga 1,000 mata ganjaran untuk setiap kod yang didaftarkan daripada Pek Edisi Terhad Pinkfong Drypers DryPantz, ATAU pek Drypers Wee Wee Dry yang BAHARU & DIPERBAHARUI.

2.       Mata ganjaran EKSTRA akan dikreditkan dalam masa 5-7 hari bekerja.

Semua saiz dari pembungkusan di atas diterima.

 

Pemilihan Pemenang

1.       Peserta WAJIB mendaftar 3 kod unik dari mana-mana Pek Edisi Terhad Pinkfong Drypers DryPantz, ATAU pek Drypers Wee Wee Dry yang BAHARU & DIPERBAHARUI.

2.       Pemenang akan dipilih melalui sistem pemilihan automatik rawak.

3.       Pemenang akan dihubungi dalam tempoh 2 minggu melalui emel / SMS selepas tempoh kempen berakhir.

4.        Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik / pampasan dalam mana-mana bentuk. 

5.       Semua penyertaan mesti dibuat dalam tempoh masa 21hb Nov 12:00 pagi hingga 31hb Disember 2024 11:59 malam. Sebarang transaksi yang tidak termasuk dalam masa ini terbatal serta-merta.

6.       Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Jika Penganjur gagal menghubungi pemenang dalam 3 percubaan e-mel dan panggilan, Penganjur berhak untuk menamatkan / membatalkan penyertaan. 

7.       Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan peraduan, keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad, terakhir dan tidak dapat dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan. 

8.       Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur. 

9.       Pihak penganjur berhak mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. 

10.   Hadiah yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan 

11.    Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur. 

12.   Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk meminda, membatal atau mengubahsuai syarat-syarat dan peraturan peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut. 

13.   Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini dan / atau memberi data peribadi anda kepada Penganjur, anda bersetuju, dan memahami Dasar Privasi yang terbabit kepada Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Dasar Privasi tersebut. 

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline Pengguna 1-800-88-9988 atau email ke campaigns@vinda.com