Kaedah menggalakkan anak anda mula belajar menulis!
Dengan meningkatkan keupayaan skil motor dan membina minat yang baru, anda
sebenarnya membina satu asas yang kuat untuk anak anda belajar menulis.
Anak-anak di bawah lima tahun biasanya belum bersedia untuk menerima
arahan, oleh itu jangan paksa anak anda untuk mula belajar menulis jika
mereka belum menunjukkan tanda-tanda untuk mula menulis. Biarkan mereka
lihat anda menulis dan puji mereka sekiranya mereka mencuba untuk menulis
atau membaca.
Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk menggalakkan
anak anda mula belajar menulis.
• Suasana restoran di rumah
Rancangkan makan malam yang mempunyai menu. Tuliskan setiap bahagian
makanan yang dihidangkan dan minta anak anda menggambarkannya. Bacakan
untuknya nama makanan tersebut dengan gambar supaya anak anda yakin untuk
membacanya di hadapan seluruh ahli keluarga seperti seorang pelayang
restoran.
• Belajar mewarna
Dengan menggalakkan anak anda belajar mewarna, dan berikan tunjuk ajar
untuk mewarna mengikut sempadan garisan, anda dapat membantu anak anda
mengembangkan skil motornya dengan bagus. Apabila anak anda mula menulis
kelak, dia akan menulis dengan lebih mudah dan kemas.
• Mencipta buku - Buku percutian
Cipta satu buku mengenai percutian anda sekeluarga. Simpan poskad, brosur
dan gambar yang diambil semasa percutian untuk diselitkan ke dalam buku
tersebut. Tampalkan juga objek-objek yang dikumpul sepanjanga percutian
seperti karangan laut atau daun pokok untuk menambahkan lagi keseronokan
mencipta buku ini. Dengan cara begini, anda boleh menunjukkan kepada anak
anda bahawa menulis dapat mengumpul dan merekod idea dan memori yang indah
ketika bercuti.
• Ini adalah tubuh saya
Ambil beberapa foto anak anda dan labelkan setiap bahagian badannya.
• Boleh merasainya
Cipta buku tekstur. Pilih tekstur kertas yang pelbagai seperti kertas
pasir, kertas gelembung, kertas keras, kertas licin atau beg plastik.
Kerat tekstur kertas ini, lekatkan di kertas A4 dan tuliskan sedikit
penerangan mengenai rasa kertas tersebut.
Validate your login