Sampel Percuma Dengan Program Jaminan Pulangan Lampin Drypers

TERMA & SYARAT - PROGRAM JAMINAN DIAPER DRYPERS

Program
Program Jaminan Lampin Drypers ("Program") mengundang peserta yang menggunakan jenama lampin lain untuk menebus lampin Drypers percuma dengan mengemukakan gambar kebocoran lampin bersama maklumat peribadi mereka untuk tujuan penebusan.

Organizer
Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. (320704-U) (the “Organizer”)

Tempoh Program

  1. Program ini berlangsung dari 00:00:00, 10 Februari 2025 hingga 23:59:59, 30 April 2025 ("Tempoh Program").
  2. Penganjur berhak untuk menghentikan, mengubah, menangguhkan, menjadualkan semula, dan/atau melanjutkan Tempoh Program pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
  3. Penyerahan yang diterima selepas 23:59:59 pada 30 April 2025 akan dianggap tidak sah.

 

Kelayakan

  1. Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 (lapan belas) tahun ke atas (pada 25/01/2025) kecuali pekerja dan keluarga terdekat Penganjur, termasuk syarikat bersekutu dan/atau syarikat yang berkaitan, anak syarikat, agensi pengiklanan, PR dan/atau agensi Peraduan serta pembekal.
  2. Dengan menyertai Program ini, anda secara automatik akan didaftarkan sebagai ahli Drypers Baby Club sekiranya anda belum menjadi ahli sebelumnya. Jika anda tidak bersetuju, sila jangan sertai Program ini.
  3. Penganjur berhak untuk meminta bukti dokumen pengenalan, jika diperlukan.

 

Cara Penyertaan

Akaun Facebook

  1. Klik link yang disediakan dalam kapsyen untuk mengisi maklumat peribadi anda. termasuk Nama Penuh, Alamat E-mel, Nombor Telefon, Alamat Kediaman, saiz lampin yang ingin anda terima, gambar kebocoran lampin bayi anda, dan jenama lampin yang sedang anda gunakan. 

    Nota: Pastikan gambar kebocoran lampin yang dimuat naik adalah jelas dan mudah dibaca. Anda boleh merujuk kepada contoh gambar mengenai insiden kebocoran lampin yang disebabkan oleh jenama lain di bawah sebagai panduan:
  2. Penganjur akan memproses semua penyertaan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja. Gambar yang tidak jelas dan tidak dapat dibaca serta penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan tanpa notifikasi lanjut kepada peserta untuk penyertaan yang dibatalkan.

Akaun Instagram

  1. DM halaman Instagram Drypers Malaysia untuk menyatakan minat anda dalam program ini. Kami akan berkongsi link dengan anda untuk mengisi maklumat peribadi anda termasuk Nama Penuh, Alamat E-mel, Nombor Telefon, Alamat Kediaman, saiz lampin yang ingin anda terima, gambar kebocoran lampin bayi anda, dan jenama lampin yang sedang anda gunakan.

    Nota: Pastikan gambar kebocoran lampin yang dimuat naik adalah jelas dan mudah dibaca. Anda boleh merujuk kepada contoh gambar mengenai insiden kebocoran lampin yang disebabkan oleh jenama lain di bawah sebagai panduan:
  2. Penganjur akan memproses semua penyertaan yang diterima dalam tempoh 14 hari bekerja. Gambar yang tidak jelas dan tidak dapat dibaca serta penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan tanpa notifikasi lanjut kepada peserta untuk penyertaan yang dibatalkan.

Garis Panduan Penyertaan

  1. Foto mesti asli, tidak diubah, dan diambil oleh peserta.
  2. b.Penyertaan dengan kandungan yang menyinggung, tidak sesuai, atau tidak berkaitan akan dibatalkan.
  3. Dengan menghantar gambar, peserta mengesahkan bahawa mereka mempunyai hak sah untuk berkongsi gambar tersebut dan memberi kebenaran kepada Drypers Malaysia untuk menggunakannya untuk tujuan promosi.

Butiran Penebusan

  1. Setelah penyertaan berjaya, peserta akan menerima satu lampin Drypers percuma.
  2. Sampel percuma adalah tertakluk kepada ketersediaan, dan Drypers Malaysia berhak untuk menggantikan sampel dengan produk alternatif yang mempunyai nilai yang sama jika perlu.
  3. Sampel lampin akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja kepada peserta yang layak.
  4. Setiap peserta hanya layak untuk satu (1) penebusan sahaja sepanjang Tempoh Program.
  5. Sila rujuk jadual di bawah untuk saiz yang diminta dan produk yang diberikan:
    Saiz Diminta Produk Diberikan oleh Drypers
    New Born / S  Drypers Wee Wee Dry Size S
    M Drypers DryPantz M
    L Drypers DryPantz L
    XL Drypers DryPantz XL
    XXL Drypers DryPantz XXL

Polisi Privasi

  1. Maklumat peribadi yang dikumpul semasa Program hanya akan digunakan untuk tujuan memproses penebusan dan tidak akan dikongsi dengan pihak ketiga tanpa persetujuan, kecuali sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang.
  2. Peserta bersetuju untuk membenarkan Drypers Malaysia menghubungi mereka melalui butiran hubungan yang diberikan untuk komunikasi berkaitan Program.

Hak Penganjur

  1. Penganjur berhak untuk membatalkan, menamatkan dan/atau menggantung sampel tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlak, untuk menggantikan mana-mana sampel dengan sampel yang mempunyai nilai yang sama, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. Semua sampel ditebus atas dasar "seperti sedia ada" dan tidak boleh ditukar dengan kredit, barang lain, atau baucar dalam bentuk atau jumlah apa pun.
  2. Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas kelewatan, ketidak-penghantaran dan/atau gangguan mesej dalam talian yang dihantar atau diterima dan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang penggunaan yang tidak sah terhadap telefon mudah alih atau akaun pelanggan berhubung dengan program ini.
  3. Penganjur berhak, atas budi bicara mutlak, untuk meminda Terma dan Syarat Program ini tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu. Semua perkara yang berkaitan dengan program ini adalah muktamad dan mengikat semua Peserta program, dan tiada surat-menyurat akan dilayan.
  4. Penganjur tidak bertanggungjawab atau akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemadaman, kecacatan, kelewatan operasi atau penghantaran, kegagalan talian komunikasi, kecurian atau kemusnahan, akses tanpa izin kepada, atau pengubahsuaian, komunikasi pengguna atau ahli, atau sebarang masalah atau kerosakan teknikal mana-mana rangkaian telefon atau talian, sistem dalam talian komputer, pelayan atau penyedia, peralatan komputer, perisian, kegagalan e-mel disebabkan masalah teknikal atau kesesakan trafik di internet dan/atau laman web.
  5. Dengan menyertai program ini, Peserta dengan ini bersetuju dan memberi kebenaran penuh kepada Penganjur untuk menggunakan nama, alamat, maklumat peribadi, dokumen dan maklumat tanpa sebarang bayaran royalti untuk tujuan mengurus, pengiklanan dan publisiti berkaitan Program, sama ada dalam media cetak atau elektronik atau untuk menghubungi peserta bagi tujuan kajian pasaran dari semasa ke semasa menurut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
  6. Semua keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad. Penganjur tidak akan melayan sebarang permohonan untuk merayu atau mengkaji semula keputusan yang dibuat oleh Penganjur. Penganjur berhak atas budi bicara mutlak untuk mendiskualifikasi mana-mana penyertaan yang tidak sah, membatalkan, menamatkan, mengubah, menggantung program, atau menukar program dan sampelnya tanpa notis terlebih dahulu.

Terma Tambahan

  1. Peserta akan menanggung sepenuhnya liabiliti dan tanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan yang disebabkan oleh penyertaan dalam program dan penebusan sampel.
  2. Semua Peserta dengan ini menjamin bahawa semua kenyataan dan maklumat peribadi yang diberikan adalah benar, betul, tepat, dan lengkap dan bahawa Peserta telah membaca dan memahami semua peraturan, undang-undang, terma dan syarat Program ini dan bersetuju untuk mematuhinya.
  3. Dengan menyertai Program ini, Peserta dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan Terma & Syarat Program ini, dan menerima bahawa semua keputusan oleh Penganjur adalah muktamad dan mengikat. Penganjur berhak untuk mengubah, meminda, menambah, atau menghapuskan mana-mana Terma & Syarat Program pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada Peserta dan Peserta bersetuju untuk terikat dengan perubahan tersebut.
  4. Terma dan Syarat Program disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidaksesuaian antara kedua-dua versi, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”)

  1. Dengan menyertai Program ini, peserta memberi kebenaran untuk membenarkan Penganjur mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan data peribadi mereka kepada mana-mana ejen dan/atau pihak ketiga, semua data peribadi Peserta yang diberikan oleh Peserta berkaitan Program ini untuk apa-apa tujuan yang berkaitan dengan Program ini dan segala aktiviti yang berkaitan atau timbul daripada perniagaan Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. termasuk, tanpa had untuk menjalankan peraduan ini dan/atau sebarang acara atau publisiti peraduan dalam apa jua bentuk atau melalui sebarang media tanpa pampasan, pemberitahuan, atau kebenaran tambahan.
  2. Penerimaan barangan promosi oleh pemenang dianggap sebagai kebenaran yang diberikan kepada Penganjur dan agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar untuk publisiti, pengiklanan dan/atau tujuan pemasaran tanpa notis terlebih dahulu dan/atau pampasan. 
  3. Penganjur akan memerlukan ejen dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga untuk mengendalikan maklumat peribadi Peserta dengan tahap penjagaan yang sama seperti yang diterapkan oleh Penganjur. Penganjur juga akan menghendaki mereka untuk hanya menggunakan maklumat peribadi Peserta mengikut arahan Penganjur.
  4. Dengan menyediakan nombor telefon, alamat e-mel, atau maklumat hubungan lain, Peserta bersetuju bahawa Penganjur dan/atau ejen dan/atau penyedia perkhidmatan pihak ketiga boleh menghubungi mereka melalui telefon, nombor telefon mudah alih, e-mel, atau kaedah lain.
  5. Penganjur telah mengambil langkah berjaga-jaga dan langkah keselamatan yang relevan untuk memastikan keselamatan semua data peribadi peserta dan menghendaki semua pemproses data pihak ketiga untuk mematuhi langkah-langkah yang sama. Harap maklum, bagaimanapun, bahawa Penganjur boleh membentangkan data peribadi peserta jika diperlukan oleh undang-undang, atau oleh waran penggeledahan, subpoena, atau perintah mahkamah.
  6. Peraduan dan Terma dan Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Peserta bersetuju bahawa Mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa ke atas segala perkara yang timbul daripada Peraduan ini.