IVF digunakan dalam semua kes involuntary childlessness!
IVF digunakan dalam semua kes involuntary childlessness. Dan selepas tiga percubaan IVF, hampir dua pertiga berjaya menimang cahaya mata.
IVF ialah singkatan kepada In-Vitro Fertilization, ataupun persenyawaan
in-vitro. Ia bermaksud “dalam kaca”. Dalam pertuturan seharian, istilah
persenyawaan tabung uji masih digunapakai untuk menggambarkan proses yang
sama. Ringkasnya, ia adalah mengenai pengambilan telur daripada wanita dan
sperma daripada lelaki, seterusnya membenarkan persenyawaan berlaku di
luar badan.
Untuk meningkatkan tahap keberjayaan dengan IVF, lebih daripada satu telur diperlukan. Wanita terbabit perlu dirawat dengan hormon badan sendiri yang akan mendorong ovari menghasilkan lebih banyak telur, dan pada masa yang sama menghalang ovulasi. Secara khususnya, telur perlu dipungut sebelum ia mula masuk ke tiub Fallopio.
Terdapat dua kaedah untuk mematangkan telur. Kaedah yang mengambil masa lebih lama dimulakan dengan wanita terbabit mengambil hormon menggunakan semburan hidung. Ini menetapkan semula badan kepada sifar dan menjadi seakan menopaus. Selepas itu, hormon akan diberi untuk merangsang kematangan telur. Cara rawatan yang lebih singkat pula ialah dengan mengekang ovulasi menjelang proses tersebut.
Merangsang ovari
Proses untuk telur menjadi matang mengambil masa kira-kira 10 hari. Tahap
hormon yang diperlukan untuk merangsang ovari bergantung kepada individu.
Oleh itu, ujian darah akan diambil beberapa kali semasa dalam proses
rawatan untuk memastikan dos yang betul diberikan. Hormon ini boleh
disuntik sendiri oleh wanita tersebut dengan menggunakan pen suntikan. Pen
suntikan ini kelihatan seperti sebatang pen biasa, tetapi dengan jarum di
hujungnya. Ia lebih sesuai digunakan oleh seseorang yang tiada sebarang
latihan perubatan.
Seperti biasa apabila bercakap mengenai hormon, kedua-dua mood dan badan akan terjejas, namun ia adalah bergantung kepada individu. Tetapi, satu perkara yang pasti; ini adalah tempoh yang sangat mencabar untuk wanita itu.
Pengekstrakan telur
Menjelang akhir rawatan, ultrabunyi digunakan untuk menentukan masa yang
sesuai untuk mengumpul telur. Melalui faraj dan rahim, doktor dapat
melihat lepuh berisi cecair dengan telur pada ovari. Sebatang jarum halus,
pada hujung bar ultrabunyi, akan menyedut keluar cecair daripada lepuh. Ia
mengambil masa antara 20 dan 40 minit, dan agak menyakitkan. Oleh itu,
ubat penenang diberikan semasa proses ini.
Selepas pengekstrakan dibuat, doktor akan mempunyai tabung uji, yang dengan mudah-mudahan, terdapat lebih daripada satu telur. Tetapi harus diingat, jika satu juga barangkali mencukupi.
Pada masa yang sama, semasa telur dikumpul, pihak lelaki pula akan membekalkan sumbangannya.
Persenyawaan
Pada peringkat seterusnya, sperma diempar supaya hanya yang terbaik kekal.
Telur dibilas bersih daripada darah dan cecair lain dengan bantuan larutan
nutrien. Kemudian telur dan sperma diletakkan bersama-sama dalam ‘mangkuk
persenyawaan’ (bukan tabung uji). Mangkuk ini kemudiannya dimasukkan ke
dalam kabinet pemanas, yang sebaik-baiknya, mirip keadaan badan manusia;
iaitu dengan suhu, pH dan kelembapan yang sama. Kini tiba masanya untuk
sperma disenyawakan dengan telur. Jika perlu, sperma akan dibantu untuk
masuk ke dalam telur dengan jarum halus.
Keesokan harinya, tanda-tanda awal persenyawaan boleh dilihat; dua benih yang tidak lama lagi cair bersama dan pembahagian sel pertama berlaku. Purata kira-kira 80% daripada semua telur matang disenyawakan dalam mangkuk persenyawaan.
Penempelan
Selepas kira-kira tiga hari, telur yang telah disenyawakan akan dipilih
(jika terdapat lebih daripada satu, bakinya dibekukan sekiranya ia
diperlukan pada peringkat kemudian). Telur itu ditempel di dalam rahim
dengan harapan ia akan membenamkan dirinya ke dalam membran dalaman rahim,
endometrium, menjadi melekat dan kemudian terus membesar, sama seperti
proses kehamilan yang normal.
Seterusnya ialah masa untuk menunggu.
Menunggu adalah sesuatu yang semua pasangan IVF tahu dan faham. Setelah menunggu berbulan-bulan untuk ovulasi dan haid, kemudian untuk siasat kesuburan, dan melalui proses IVF ini sendiri. Mereka adalah “pakar” dalam bab menunggu. Tetapi, tempoh penantian diantara proses penempelan dan ujian kehamilan yang menunjukkan sama ada ia berjaya atau tidak, ialah suatu tempoh yang perit. Penantian yang sama perit juga boleh akan berlaku dari tempoh mendapati ujian kehamilan positif ke ultrabunyi pertama (untuk melihat janin terbentuk).
Dua daripada tiga mendapat anak
Jika ujian kehamilan menunjukkan negatif dan wanita itu mendapat haid,
maka proses ini tidak berjaya. Nah, maka tempoh menunggu bermula sekali
lagi untuk percubaan seterusnya.
Dengan satu percubaan IVF, satu daripada tiga wanita akan mendapat anak.
Kebarangkalian ini menjadi lebih tinggi jika lebih banyak percubaan
dibuat. Bagi wanita yang membuat tiga percubaan, hampir dua pertiga akan
mendapat anak. Dan inilah yang diharapkan.
Satu perkara yang pasti, pasangan sewajarnya berbincang sebelum memulakan rawatan IVF, dan bersetuju tentang berapa banyak percubaan yang akan dilakukan.
Jika tidak, tempoh penantian boleh mematahkan semangat satu sama lain dengan mudah.
Validate your login