Terma & Syarat Hadiah Aluan Drypers Baby Club

Penganjur

Vinda Marketing (M) Sdn Bhd [313228-T] [“Penganjur”].

Tempoh Kempen

Kempen ini sah dari 1hb Januari 2024 sehingga 31hb Disember 2024. Pihak Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Kempen dan/atau membatalkan/menamatkan Kempen dan/atau menukar, meminda, memadam dan/atau menambah Terma dan Syarat Kempen pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Kelayakan

Hadiah Aluan untuk ahli baharu terbuka kepada semua ahli Baharu Drypers Baby Club yang merupakan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, agensi pengiklanan / PR dan pembekal.

Cara Penyertaan

Hadiah dan Pemilihan Pemenang

  1. Hadiah aluan diberi berdasarkan peringkat semasa yang didaftarkan (cth: Hamil, dengan Seorang anak atau lebih daripada 1 anak)
  • Hadiah Aluan untuk Ibu Mengandung
  • Hadiah aluan sah kepada 250 ahli baharu PERTAMA yang mendaftar dengan peringkat semasa hamil di Drypers Baby Club pada setiap bulan.
  • Hadiah aluan terhad kepada satu bagi setiap isi rumah.
  • Hadiah aluan mungkin berbeza dari bulan ke bulan atau pada tempoh kempen yang sama dan sementara stok masih ada.
  • Hadiah aluan akan dihantar dalam tempoh masa 1-2 minggu pada bulan berikutnya. (cth: Jika ahli mendaftar pada 4 Jan dan dipilih sebagai pemenang, hadiah akan diproses pada minggu pertama Februari)
  • Hadiah Aluan untuk Ibu yang mempunyai anak
  • Hadiah aluan sah untuk 250 ahli baharu PERTAMA yang mendaftar dengan peringkat semasa sebagai ibu dengan seorang anak ATAU lebih daripada 1 anak di Drypers Baby Club pada setiap bulan.
  • Hadiah aluan terhad kepada satu bagi setiap isi rumah.
  • Hadiah aluan mungkin berbeza dari bulan ke bulan atau pada tempoh kempen yang sama dan sementara stok masih ada.
  • Hadiah aluan akan dihantar dalam tempoh masa 1-2 minggu pada bulan berikutnya. (cth: Jika ahli mendaftar pada 4 Jan dan dipilih sebagai pemenang, hadiah akan diproses pada minggu pertama Februari)
  • Ahli baharu yang mendaftar sebagai ahli Drypers Baby Club MESTI mengisi butiran lengkap dan mengemas kini alamat surat-menyurat mereka di bahagian “Misi Saya” supaya hadiah boleh dihantar ke alamat yang diberikan.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik / pampasan dalam mana-mana bentuk.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika pemenang yang dipilih tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Jika Penganjur gagal menghubungi pemenang dalam 3 percubaan e-mel dan panggilan, Penganjur berhak untuk menamatkan / membatalkan penyertaan.
  • Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan peraduan, keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad, terakhir dan tidak dapat dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan.
  • Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur.
  • Pihak penganjur berhak mengganti sebarang Hadiah Aluan dengan hadiah-hadiah Aluan lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  • Hadiah Aluan yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah Aluan yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan.
  • Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur.
  • Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk meminda, membatal atau mengubahsuai syarat-syarat dan peraturan kempen ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.
  • Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini dan / atau memberi data peribadi anda kepada Penganjur, anda bersetuju, dan memahami Dasar Privasi yang terbabit kepada Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Dasar Privasi tersebut.
  • Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline Pengguna 1-800-88-9988 atau email ke campaigns@vinda.com campaigns@vinda.com