Terma & Syarat

Penyataan Undang-undang

Bahan-bahan yang terkandung di dalam laman ini disediakan oleh Vinda Malaysia Sdn Bhd dan Vinda Marketing (M) Sdn Bhd (selepas ini kedua-duanya disebut secara kolektif sebagai “VINDA”) sebagai perkhidmatan kepada pelanggannya dan boleh digunakan untuk tujuan informasi sahaja. Salinan boleh dimuat turun, tertakluk kepada peruntukan di bawah.

Dengan memuat turun sebarang bahan daripada laman ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat ini. Jika anda tidak bersetuju, jangan gunakan laman ini atau memuat turun sebarang bahan daripada laman ini.

Maklumat Tanda Dagang

Semua nama, logo dan tanda dagang adalah hak milik VINDA, sekutunya, syarikat berkaitan atau pemberi lesennya atau rakan kongsi usaha sama.

Tanda dagangan dan nama jenama VINDA hanya boleh digunakan seperti yang dinyatakan dalam Terma Penggunaan ini atau dengan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada VINDA.

Sebarang penggunaan tanda dagangan VINDA dalam pengiklanan dan promosi produk VINDA memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada VINDA dan jika diberikan, perakuan yang sewajarnya hendaklah diterbitkan.

Lesen Penggunaan Terhad/Salinan Tunggal

Semua bahan yang termasuk di dalam Laman ini, seperti teks, grafik, logo, ikon butang, imej, klip audio dan perisian adalah hak milik VINDA atau pembekal kandungannya dan dilindungi undang-undang hak cipta Malaysia dan antarabangsa. Penggunaan atau pengedaran sebarang bahan di Laman ini tanpa kebenaran boleh dianggap melanggar hak cipta, tanda dagangan, dan/atau undang-undang lain dan tertakluk kepada sebarang sekatan sivil dan juga jenayah.

Laman ini atau mana-mana bahagian daripada Laman ini tidak boleh diterbitkan semula, diduplikasi, disalin, dijual, dijual semula atau sebaliknya dieksploitasi untuk sebarang kegunaan komersial yang tidak dibenarkan secara bertulis oleh VINDA. Anda boleh memuat turun satu salinan maklumat yang terdapat di Laman VINDA pada satu komputer untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, dalaman anda sahaja.

Anda tidak dibenarkan mengubah suai, mengguna atau memindah maklumat untuk apa jua tujuan komersial; dan anda juga tidak dibenarkan menyingkirkan sebarang hak cipta atau lain-lain notis empunya daripada maklumat tersebut. Anda mengakui dengan jelas bahawa anda bertanggungjawab untuk menghalang sebarang penyalinan bahan tanpa kebenaran dan memastikan semua pekerja dan kontraktor - jika berkenaan - organisasi anda mematuhi had ini.

Anda bertanggungjawab untuk mematuhi segala undang-undang hak cipta yang berkaitan. Kami membenarkan anda untuk membuat salinan Laman ini sebagai tindakan sampingan yang diperlukan semasa melayari Laman ini; dan anda boleh mencetak salinan untuk kegunaan peribadi selagi ianya munasabah bagi tujuan peribadi. Sebarang kegunaan lain adalah dilarang sama sekali. Anda tidak dibenarkan untuk membingkai Laman ini atau memaut ke halaman lain melainkan ke halaman utama tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

VINDA tidak memberikan sebarang hak tersurat atau tersirat kepada anda di bawah sebarang paten, hak cipta, maklumat rahsia perdagangan tanda dagangan dan/atau hak harta intelek.

Penafian Jaminan

Maklumat yang terkandung di sini disediakan "seadanya" tanpa apa-apa jenis jaminan tersurat atau tersirat termasuk waranti kebolehdagangan, tanpa pelanggaran harta intelek, atau kesesuaian untuk sebarang tujuan tertentu. Sekiranya VINDA memaut ke laman web pihak ketiga, pemautan tersebut ialah untuk kemudahan pengguna sahaja dan VINDA tidak menanggung sebarang tanggungjawab ke atas kandungan atau ketepatan maklumat yang berada di dalam laman tersebut.

VINDA tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan termasuk, tanpa hadnya, ganti rugi untuk kehilangan keuntungan, gangguan semasa perniagaan atau kehilangan maklumat, yang timbul daripada penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan maklumat, walaupun VINDA telah dinasihatkan bahawa terdapat kemungkinan kerosakan tersebut.

VINDA juga tidak menjamin ketepatan atau kesempurnaan maklumat, teks, grafik, pautan atau apa-apa bahan lain yang terkandung di dalam maklumat ini. VINDA boleh membuat perubahan kepada kandungan ini, atau pada produk yang diterangkan di dalamnya, pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu. VINDA tidak membuat komitmen untuk mengemas kini maklumat atau bahan lain yang dimasukkan di dalam Laman ini.

Penyerahan oleh Pengguna

Sebarang bahan, maklumat atau komunikasi lain yang anda hantar atau siarkan ke Laman ini akan dianggap sebagai tidak sulit, tidak eksklusif, bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, sub-lesen sepenuhnya dan tidak dipunyai hak milik khas (“Komunikasi”). VINDA tidak mempunyai kewajipan ke atas Komunikasi ini.

VINDA adalah bebas untuk mendedahkan, menyalin, mengedarkan, atau menggabungkan dan/atau menggunakan sebarang Komunikasi, bersama dengan data, imej, bunyi, teks, dan apa-apa perkara lain yang terkandung di dalamnya, untuk sebarang dan semua tujuan komersial dan bukan komersial.

Jika anda menyerahkan data peribadi ke Laman ini atau pun kepada VINDA, anda dengan ini, memberi kebenaran kepada VINDA untuk menggunakan data tersebut bagi tujuan penilaian maklumat anda dan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan Pihak Berkuasa, termasuk hak untuk memindahkan data kepada pihak negara ketiga dan siarkan data peribadi anda di Internet. VINDA akan bertanggungjawab di bawah undang-undang Malaysia untuk bahagian pemprosesan data peribadi tersebut dan anda boleh menghubungi VINDA sekiranya terdapat data yang salah atau lain-lain isu berkaitan dengan data peribadi tersebut.

Bagi perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, terma pihak ketiga juga termaktub. Sebagai contoh, Facebook mengaplikasikan terma “Pernyataan Hak dan Tanggungjawab” kepada semua pengguna dan pelawat Facebook, dan oleh itu, kami mengesyorkan anda membaca segala terma ini sebelum anda menggunakan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga.

Bagi perkhidmatan pihak ketiga, seperti Facebook, terma pihak ketiga juga termaktub. Sebagai contoh, Facebook mengaplikasikan terma “Pernyataan Hak dan Tanggungjawab” kepada semua pengguna dan pelawat Facebook, dan oleh itu, kami mengesyorkan anda membaca segala terma ini sebelum anda menggunakan mana-mana perkhidmatan pihak ketiga.

©2021 HAK CIPTA TERPELIHARA - DRYPERS MALAYSIA

Dapatkan produk Drypers terbaik di sini!

Dapatkan produk Drypers terbaik di sini!