Penganjur:

Vinda Marketing (M) Sdn Bhd [313228-T] [“Penganjur”].

Peraduan:

Review, Kongsi & Menang Mata Ganjaran

Tempoh Peraduan:

Peraduan ini sah dari 1hb February 2024 12:00am sehingga 29hb February 2023 at 11.59pm ["Tempoh Peraduan"]. Pihak Penganjur berhak untuk menggantung dan/atau menangguhkan Tempoh Peraduan dan/atau membatalkan/menamatkan Peraduan dan/atau menukar, meminda, memadam dan/atau menambah Terma dan Syarat Peraduan pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.

Kelayakan:

Review, Kongsi & Menang Mata Ganjaran terbuka kepada semua ahli Drypers Baby Club yang merupakan penduduk Malaysia berusia 18 tahun ke atas, kecuali pekerja dan ahli keluarga terdekat Vinda Marketing (M) Sdn. Bhd. ("Penganjur"), sekutunya, anak syarikat, agensi pengiklanan / PR dan pembekal.

Cara Penyertaan:

Jika belum mendaftar sebagai ahli, sila daftar SEKARANG di https://bit.ly/467356iPeraduan ini hanya untuk ahli Drypers Baby Club.

Peserta dikehendaki mengikuti langkah berikut untuk menyertai peraduan ini:

Langkah 1: Review berkenaan mana-mana 1 ATAU kesemua topik di bawah:-

• Cara menyertai Drypers Baby Club menggunakan kod rujukan anda

• Cara mendaftar kod unik

• Cara menebus hadiah di Pointshop

Langkah 2: Kongsikan review anda di platform media sosial seperti:

• Tik Tok

• Facebook

• Instagram

• Twitter

Langkah 3: Screenshot & muat naik review yang telah dikongsikan di borang google https://bit.ly/42jEjzG

Hadiah dan Pemilihan Pemenang

  1. Setiap penyertaan yang memenuhi terma dan syarat akan dikreditkan 200 Mata Ganjaran
  2. Review haruslah mengandungi hashtag #DrypersBabyClubTerbaik #DrypersMalaysia dan profil harus diset sebagai “Public”
  3. 200 Mata Ganjaran akan dikreditkan untuk perkongsian di setiap platform media sosial yang berlainan (cth: jika peserta Review & Kongsi di laman media sosial seperti Tik Tok, Facebook, Twitter & Instagram, maka mata ganjaran yang akan dikreditkan ialah 800 Mata Ganjaran)
  4. Review & perkongsian yang sama di platform media sosial yang sama berulang kali akan dikira sebagai 1 penyertaan (Cth: Review yang sama dikongsikan sebanyak 3 kali di Facebook = jumlah mata ganjaran : 200) Jika review yang dikongsikan berbeza di platform yang sama, maka setiap review akan diberikan 200 Mata Ganjaran)
  5. Review boleh dikongsikan dalam bentuk bertulis atau video dan perlulah milik individu yang menyertai.
  6. Mata Ganjaran tidak akan dikreditkan sekiranya Review adalah milik individu lain.
  7. Pengkreditan mata ganjaran akan mengambil masa dalam 1 - 2 minggu dari tarikh penerimaan borang anda.
  8. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bayaran balik / pampasan dalam mana-mana bentuk.
  9. Semua penyertaan mesti dibuat dalam tempoh masa 1hb February 2024 12:00am sehingga 29hb February 2023 at 11.59pm. Sebarang transaksi yang tidak termasuk dalam masa ini terbatal serta-merta.
  10. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian mengenai peraturan, kriteria pemilihan, keputusan dan semua perkara lain yang berkaitan dengan peraduan, keputusan yang dibuat oleh Penganjur adalah muktamad, terakhir dan tidak dapat dipertikaikan. Apa jua pertikaian dan / atau aduan melalui mana-mana jenis media tidak akan dilayan.
  11. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan, kerosakan atau kelewatan yang disebabkan oleh faktor di luar kawalan Penganjur.
  12. Pihak penganjur berhak mengganti sebarang hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis.
  13. Hadiah yang ditebus tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan, ditukarkan dengan wang tunai atau apa jua bentuk lain atas apa jua sebab. Hadiah yang ditebus mesti diterima seperti yang ditawarkan.
  14. Dengan menyertai peraduan ini, para peserta bersetuju untuk mematuhi syarat-syarat dan peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak penganjur.
  15. Pihak penganjur berhak, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk meminda, membatal atau mengubahsuai syarat-syarat dan peraturan peraduan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.
  16. Dengan mengambil bahagian dalam peraduan ini dan / atau memberi data peribadi anda kepada Penganjur, anda bersetuju, dan memahami Dasar Privasi yang terbabit kepada Terma dan Syarat ini dan anda bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda oleh Penganjur menurut Dasar Privasi tersebut.
  17. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline Pengguna 1-800-88-9988 atau email ke campaigns@vinda.com